Sejarah Pusat Jagaan Qaseeh

NO. 73, JALAN PERDANA 9/4, BANDAR PERDANA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN

Alhamdulillah bulan Mac tahun 2017 kami diberi peluang untuk memiliki sebuah pusat jagaan di Bandar Perdana Sungai Petani, Kedah.

Alhamdulillah.Rezeki dari pengeluaran KWSP  pada usia 55 membantu memudahkan kami memiliki pusat jagaan tersebut secara tunai dan kami namakan Pusat Jagaan Qaseeh. Kami mula beroperasi dengan 2 (DUA) orang penghuni dan 2 (DUA) orang staff.

Berkat kesabaran dan usaha yang tidak kenal jemu kami usahakan Pusat Jagaan Qaseeh berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat BOMBA Kedah. Hingga kini Pusat Jaqaan Qaseeh mendapat kelulusan dan diberikan lesen pematuhan untuk tempoh 3 (TIGA) tahun.

Tiga tahun pertama kami beroperasi dengan pelbagai halangan dan cabaran termasuklah masalah staff , budget dengan jumlah penghuni yang tidak menentu. Pendapatan kami hanya bergantung kepada jumlah penghuni.

Alhamdulillah….melangkah ke tahun ke LIMA (5) kami yakain perkhidmatan kami mula mendapat tempat dihati penduduk sekitar daerah Sungai Petani dan negeri Kedah amnya.

Alhamdulillah pelbagai kemudahan ddisediakan untuk keselamatan dan keselesaan penghuni seperti pemasangan CCTV, set TV dan kipas baru.

Kami menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas, OKU dan pesakit di Pusat Jagaan Qaseeh, di hospital dan di rumah pesakit dengan caj yang mampu bayar.

Kami juga menyediakan perkhidmatan penjagaan harian di Pusat Jagaan Qaseeh khusus untuk anak-anak yang hendak bercuti atau ada business trip. InsyaAllah….kami akan menjaga dengan penuh qaseeh sayang.

Suka duka yang kami tempohi pada peringkat awal penubuhan Pusat Jagaan Qaseeh terubat bila melihat Pusat jagaan Qaseeh semakin berkembang dan dikenali ramai.

 

Coretan:

Pengusaha

Pusat Jagaan Qaseeh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart